|
Ada
dua proses jatuh cinta yang biasanya disebut orang. Pertama terjadi secara
tiba-tiba, atau yang dikenali dengan "love at the first sight" (cinta
pandang pertama). Dan yang kedua terjadi setelah melalui proses interaksi, atau
dalam pepatah Jawa mengatakan "tresno jalaran saka kulino" (cinta
yang terjadi setelah pertemuan yang berulang-ulang).
Love
at the First Sight
Jatuh
cinta "segera" seperti ini, seperti istilahnya, tertumpu pada
ketertarikan visual yang ditangkap oleh panca indra. Tentu saja yang ditangkap
panca indra ini adalah penampilan fizikal. Bila ada gadis cantik, seksi, dan
manis serta ayu, tentu dia akan jadi korban dari banyak first-sight love dari
para lelaki di persekitaranya.
Banyak
lakonan drama cinta seperti ini adalah terdiri dari kaum lelaki, kerana tidak
dinafikan bahwa kaum lelaki ternyata masih memiliki sense untuk tertarik pada
kondisi fizikal lawan jenisnya sebagai faktor utama. Kerana sifatnya yang
"segera", maka first sight love ini boleh terjadi berulang-ulang pada
ramai wanita yang cantik atau lelaki yang tampan. Namun, cukup banyak cinta
seperti ini menjadi awal untuk hubungan yang lebih serius bagi banyak pasangan.
Tresno
Jalaran Saka Kulino
Jatuh
cinta seperti ini keliahatan lebih matang dan kukuh, kerana panah asmara tidak
begitu saja memacak apabila sepasang anak manusia bertemu. Ada proses panjang
sebelum busur panah asmara dipacakkan, di mana pasangan tersebut saling
mengenali, berinteraksi hingga masing-masing tahu kelebihan dan kekurangan
setiap individu diantara mereka, hingga kemudian terjadi keserasian yang
berakhir pada pertalian kasih seterusnya melahirkan rasa sayang di antara
keduanya.
Pada
jatuh cinta seperti ini, pertimbangan kondisi fizikal bukanlah faktor utama
lagi. Keserasian lebih tepat disebut sebagai faktor utama agar jatuh cinta
seperi ini boleh terjadi. Sebagai individu yang pasti memiliki keinginan untuk
sharing (berkongsi) dan menyatakan untuk saling mememerlukan, memberikan
peluang terjadi match (keserasian) perasaan dengan lawan jenis yang boleh
menimbulkan perasaan suka yang berlanjutan menjadi cinta seterusnya melahirkan
sayang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar